KPWKM giat usaha lindungi lelaki didera

0

PUTRAJAYA: Usaha sedang dibuat untuk menggubal undang-undang berkaitan rumah tangga untuk melin-dungi kaum lelaki daripada terus dianiaya, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Rohani Abdul Karim.

Katanya, undang-undang negara kini dilihat lebih menjurus kepada melin-dungi wanita sedangkan lelaki juga menjadi mangsa penderaan di dalam rumah tangga.

“Dengan trend terbaharu iaitu lelaki didera di dalam rumah tangga, kita akan mempertimbangkan untuk melihat semua ini, supaya mereka juga dibela sama seperti wanita,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, pelbagai seminar khusus untuk lelaki juga akan diperbanyakkan dalam usaha mendekati mereka yang pernah menjadi mangsa dera.

“Selama ini kami mengakui ambil ringan terhadap isu penderaan lelaki, namun sekarang kita perlu lebih fokus terhadapnya berikutan terdapat banyak aduan telah diterima daripada masyara-kat,” katanya.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata, sepanjang 2008 hingga Mac 2013 sebanyak 107 kes penderaan terhadap lelaki diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun, pihaknya juga percaya terdapat banyak lagi laporan yang tidak dibuat atas faktor tertentu termasuk malu dan takut dipandang rendah.

Sebelum ini beberapa kes penderaan seperti itu berlaku sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

Antaranya ialah di Limbang, Sarawak, pada 6 Mei tahun lepas apabila seorang isteri bertindak kejam kerana tergamak mengurung, mendera dan menyeksa suaminya yang terlantar sakit sejak lebih setahun di sebuah rumah di Kampung Tanggung Unggar, Limbang.

Perbuatan itu hanya dise-dari selepas orang kampung dan anggota keluarga terdekat mangsa tidak tahan lagi me-nyaksikan penderitaan yang dihadapi mangsa, lalu membuat laporan kepada pihak berkaitan. — Bernama