Mantai Perdana di Seremban tawar harga daging murah

0

SEREMBAN: Orang ramai berpeluang mendapat daging termasuk daging rusa pada harga istimewa di program Mantai Perdana Aidilfitri 2013 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) yang akan diadakan di bekas tapak Kem Paroi di sini selama dua hari mulai Selasa ini.

Pengarah JPVNS, Dr Azman Shah Abd Manaf berkata semasa program itu, daging akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harga di pasaran.

Turut disediakan ialah gerai menjual daging salai serta sayuran dan rempah ratus.

“Kita telah bersetuju untuk menetapkan harga yang akan dijual iaitu daging lembu pejal biasa, tulang, organ dalaman dan daging batang pinang pada RM20 sekilogram, daging pejal kambing (RM30 sekilogram), daging kerbau pejal biasa dan daging batang pinang (RM23 sekilogram), tulang dan organ dalaman (RM20 sekilogram) manakala daging rusa RM50 sekilogram.

“Ayam daging RM7.50 sekilogram (ikut penetapan siling kementerian), ayam telur (RM7 seekor), ayam kampung (RM15 sekilogram), ayam kampong salai (RM22 seekor), itik salai (RM35 seekor), puyuh (RM2.50 seekor), daging salai (RM48 sekilogram) dan lemang (RM9 sebatang),” katnya kepada Bernama. — Bernama