Ali sumbang RM10,000 kepada Tabung Kebajikan Rejimen Markas Tentera Darat

0

IKHLAS: Ali menyerahkan cek kepada Redzuan sambil disaksikan oleh Karim (kiri).

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohd Ali Mahmud menyumbang RM10,000 kepada Tabung Kebajikan Rejimen Markas Tentera Darat.

Sumbangan itu disampaikan pada Mjlis Berbuka Puasa Bersama Warga tentera, penduduk dari DUN Muara Tuang dan Asajaya di kediamannya di sini malam Isnin lepas.

Hadir menerima sumbangan itu Timbalan Panglima 1 Divisyen Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Redzuan Baharuddin.

Pada majlis sama beliau turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Tabung Kebajikan Rejimen 3 Briged menerusi Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Nazir Mami.

Hadir sama pada majlis itu  ialah Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo.