Guru, pelajar di Baling rasai kesan gegaran

0

BALING: Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini pagi semalam turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong dekat sini.

Guru Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang berlaku dalam beberapa ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia turut menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk mengesahkan gegaran itu selepas kira-kira 10 minit kejadian.

Seorang guru, Lydia Zepha-niah berkata dia merasai gegaran ketika sedang mengajar, namun tidak mengesyaki ia disebabkan gempa bumi se-hingga pihak sekolah menerima panggilan daripada Jabatan Meteorologi.

“Saya hanya duduk di kerusi dan melihat pelajar saya setelah merasai kelainan yang tidak pernah saya alami selama ini,” katanya.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi semalam, gempa bumi yang melanda Kupang di sini pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya. — Bernama