Site Last Updated 12:19 pm, Wednesday

Kerugian harta benda akibat kebakaran meningkat

Posted on August 21, 2013, Wednesday

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu bahawa taksiran kerugian harta benda akibat kes kebakaran pada 2013 adalah sebanyak RM39,223,383.85 (RM39.2 juta) berbanding RM30,009,170.35 (RM30 juta) pada 2012.

Penguasa Bomba Kanan 1 Bomba Petra Jaya Tiong Ling Hii dalam kenyataannya berkata perbezaan ketara itu adalah disebabkan kebakaran besar di Kampung Datu, Sibu pada 19 Jun lepas.

“Manakala taksiran harta yang diselamatkan adalah sebanyak RM540,857,443.93 (RM540.8 juta) bagi 2013 berbanding RM49,054,421.29 (RM49 juta) pada 2012,” katanya.

Bagaimanapun tahun 2013 mencatatkan penurunan jumlah kematian akibat kebakaran iaitu seramai enam orang berbanding sembilan orang pada 2012 manakala mangsa cedera lapan orang bagi kedua-dua tahun.

Katanya untuk kematian ketika menyelamat juga menurun daripada 79 kepada 54 kes kematian dan 113 kepada 109 bagi kes yang tercedera ketika diselamatkan bagi tahun 2013.

Tambahnya, kesedaran penduduk rumah panjang terhadap bahaya kebakaran telah menimbulkan semangat untuk mereka belajar teknik dan kaedah memadamkan api pada peringkat awal.

“Hanya 133 kes kes kebakaran di rumah panjang pada 2013 berbanding 136 pada 2012.

“Manakala panggilan kebakaran pada 2012 dan 2013 turut meningkat dengan mendadak jika dibandingkan dengan 2011 disebabkan kebakaran terbuka merangkumi belukar, lalang, hutan dan kebun.

“Kebakaran terbabit me-nyumbang sebanyak 34 peratus daripada kebakaran keseluruhan yang dicatat sepanjang tiga tahun yang dinilai,” jelasnya.

Panggilan menyelamat sebanyak 1,061 pada 2012 meningkat kepada 1,138 pada 2013.

Kes menyelamat terbesar tahun ini berlaku di Sibu iaitu kes bot ekspres karam di Tanjung Giam Bungan, Belaga, Kapit pada 28 Mei, katanya.

Kategori kecemasan lain merupakan panggilan tertinggi dalam kategori menyelamat iaitu sebanyak 62 peratus.

Kata Tiong, senarai panggilan adalah seperti berikut: bantuan menangkap ular dan buaya, memusnahkan serangga berbisa termasuk tebuan dan lebah, membantu polis dalam ancaman keganasan, bantu tangkap orang tidak siuman atau hendak bunuh diri dan kecemasan lain.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.