PAS minta sidang khas Parlimen

0

PUTRAJAYA: PAS semalam menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta agar diadakan persidangan khas Parlimen bagi membincangkan krisis di Mesir.

Memorandum itu diserahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada Setia-usaha Politik Perdana Menteri, Datuk Khairun Aseh di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini.

Salahuddin berkata Malaysia perlu mengemukakan satu usul yang bukan sahaja mengecam krisis di Mesir tetapi juga menggesa badan antarabangsa mengambil tindakan sewajarnya bagi menamatkan konflik itu.

“Seperti usul-usul sebelum ini… Syria, Pa-lestin kami menyokong apa yang dilakukan Malaysia,” katanya. — Bernama