Pemanah Miri menyinar

0

BERJAYA: Ting (kiri) memegang piala kejohanan bersama-sama para pemanah Miri di pusat memanah di Bintang Megamall di Miri.

MIRI: Pasukan pemanah Miri menyinar pada Kejohanan Memanah Sarawak Ke-15 apabila mereka berjaya merangkul Piala Kejohanan 2013 buat julung kalinya selepas berjaya mengutip lima pingat emas.

Menurut ketua pasukan, David Ting pasukan pemanahnya melakukan yang terbaik dan mempamerkan prestasi cemerlang mereka sepanjang kejohanan tersebut.

“Dengan memenangi piala kejohanan ini buat pertama kalinya, ia pasti akan menjadi pencetus semangat dan motivasi kepada pemanahpemanah Miri sama ada dari mental, mahupun keinginan untuk terus berjaya,” katanya di sini semalam.

David berkata, selain merangkul lima emas, pasukan Miri juga turut memperolehi empat pingat emas dan empat pingat gangsa sekali gus menyumbang kepada kemenangan mereka untuk merangkul piala kejohanan buat kali pertama.

Sementara itu, dalam kejohnan tersebut pasukan Miri disertai oleh 27 pemanah dan terpaksa bersaing dengan 67 pemanah lain dari Bintulu, Kuching dan Limbang untuk pasukan Sarawak di samping berentap dengan pasukan dari Terengganu, Sabah dan negara Jerman.

Lebih membanggakan, pemanah muda Bryson Ting, 12, yang bertanding dalam acara 30 meter turut menyumbang satu pingat emas.

“Ia adalah persembahan Pemanah Miri menyinar Berjaya rangkul piala buat julung kalinya selepas mengutip lima emas yang cukup luar biasa daripada pemanah muda yang baharu sahaja mengambil bahagian dalam pertandingan seperti ini.

“Beliau adalah pencetus semangat dan motivasi kepada pemanah muda yang lain khususnya di Miri untuk mencipta kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Pemanah lain yang turut menyumbang pingat emas untuk Miri ialah Ngu Gao Teck (acara 70M), Chai Oni Yii (50M) dan Lau Ngie Cheon (acara Pusingan Olimpik).

Manakala Esther Yong, Kento Yamada, Li Ching Wee, Camillus, Franky Heng Ricky Yee masing-masingnya menyumbang pingat perak dan gangsa.

Kejohanan tahunan tersebut yang diadakan di Bintulu pada 12 hingga 17 Ogos lalu disertai seramai 94 pemanah.

Selepas kejayaan membanggakan hasil daripada latihan insentif selama ini oleh para peserta dan jurulatih, pasukan Miri kini akan kembali bersemangat untuk kejohanan seterusnya iaitu Kejohanan Memanah Antara Sekolahsekolah Miri Ke-13 yang diadakan pada 23 hingga 25 Ogos ini.

“Kejohanan ini mensasarkan penyertaan daripada 10 buah sekolah rendah dan menengah di bahagian ini,” katanya.