Kejohanan Snuker Tertutup Eksekutif pada 3 Sept

0

SIBU: Persatuan Snuker dan Billiard Bahagian Sibu akan menganjurkan Kejohanan Snuker Tertutup Eksekutif Sarawak Ke-3 akan bermula pada 3 September depan.

Presiden Persatuan Snuker dan Billiard Bahagian Sibu, Joe Ting berkata kejohanan itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King.

Jelasnya, kejohanan tersebut terbuka kepada semua yang berminat berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di negeri ini tidak kurang dari setahun yang lalu.

Objektif kejohanan, katanya, adalah untuk memupuk minat masyarakat dalam sukan snuker sambil meningkatkan standard di kalangan peserta.

“Juara kejohanan ini akan membawa pulang RM2,000 beserta trofi manakala naib juara diikuti para peserta yang layak ke separuh akhir masing- masing akan memenangi hadiah RM1,000 dan RM500 beserta trofi,” katanya kepada pemberita, semalam.

Jelasnya, peserta yang layak ke suku akhir juga akan menerima hadiah RM200.

Peserta yang mendapat kiraan mata tertinggi iaitu 70 mata dan ke atas turut menerima anugerah sebanyak RM300.

Menurutnya lagi, venue kejohanan adalah di Executive 3 Snooker Centre, Lot 2, S/L 7 No.15 dan Lot 2, S/L 6 No.13, Lorong Wong King Huo 5, 96000 Sibu.

Pusingan awal untuk pemain tempatan (Sibu) akan bermula dari 3 hingga 14 September diikuti dengan pusingan kelayakan dan pemain luar dari 19 hingga 22 September.

“Format permainan yang digunakan ialah Single Knock Out pada Best Of 5 Frames untuk pusingan awal dan Best Of 16/ Quarter di peirngkat Separuh Akhir dan peringkat Akhir akan menggunakan format Best of 7 Frames,” ujarnya.

Yuran pendaftaran untuk pertandingan ini adalah RM30 untuk seorang peserta dan tarikh akhir mendaftar adalah pada 30 Ogos ini di mana borang untuk pendaftaran kini boleh diperolehi di venue pertandingan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Danny Wong di talian 016-8629978 atau e-mel beliau dannydswong@ yahoo.com atau Mark Yeo di talian 019-8867133.