Jom sertai Piala Perpaduan PBB daerah Saratok

0

SARATOK: Peminat bola sepak tempatan dipelawa menyertai Pertandingan Bola Sepak Terbuka Piala Perpaduan anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Saratok 2013.

Pengerusi Pengelola, Abadi Hussein berkata pertandingan ini adalah pertama kali mendapat tajaan daripada Pengerusi AGDH, Datuk Azman Samaon.

Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan di seluruh bahagian dengan yuran penyertaan RM200 dan wang cagaran sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap pasukan.

Tarikh tutup penyertaan ialah 18 September ini (Rabu) jam 1.

00 petang dan cabutan undi pula akan dilakukan pada 19 September (Khamis) pada jam 3 petang di Pejabat LAKIS, Saratok.

Abadi berkata, beliau menyeru supaya semua pasukan- pasukan dan belia-belia dari daerah, bahagian, jabatan, swasta dan persatuan turut dipelawa untuk menghantar pasukan.

Dalam sesi mesyuarat, semua Ahli Jawatankuasa mesyuarat tersebut bersetuju menetapkan tarikh sepak mula petandingan ini akan diadakan pada 22 September depan jam 3 petang di Padang Majlis Daerah Saratok.

Bagi yang berminat,borang penyertaan boleh diperolehi di Giatmara Saratok dan Pejabat LAKIS Saratok dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat LAKIS Saratok di talian (083-437792) dan GiatMara Saratok di talian (083-437085).