Warden ditahan kerana disyaki merogol pelajar

0

KUCHING: Seorang warden asrama sebuah sekolah me-nengah di Daerah Padawan, dekat sini di tahan semalam selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan.

Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun tersebut dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu di se- buah bilik di sekolah ber-kenaan sekitar tengah hari kelmarin.

Ekoran itu, mangsa, 16, yang berjaya menyelamatkan dirinya, mengadu kejadian tersebut kepada ahli keluarganya yang kemudian membawanya membuat laporan di balai polis berdekatan.

Mangsa yang turut mengadu mengalami kesakitan pada alat sulitnya, kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk peme-riksaan kesihatan.

Hasil siasatan awal, sepa-sukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan semalam berjaya menahan suspek di sekolah berkenaan sekitar jam 1 petang untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Pauzi Bujang mengesahkan kes tersebut dan memberitahu suspek ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.