Enam individu wakili S’wak ke konvensyen antarabangsa

0

KUCHING: Enam individu berkaliber dari Sarawak dipilih mewakili negeri ke konvensyen antarabangsa pada 2013 di bawah Anugerah Biasiswa Konvensyen Antarabangsa Biro Konvensyen Sarawak (SCB).

Penerima anugerah biasiswa yang telah dipilih bagi tahun kelima ini telah diumumkan oleh Pengarah Urusan SCB Mike Cannon pada sidang media di pejabat SCB di Jalan Masjid di sini semalam.

Menerusi pengumuman itu, setiap penerima akan menerima anugerah biasiswa bernilai RM10,000 termasuk kos perjalanan, penginapan, keahlian persatuan dan yuran pendaftaran konvensyen untuk mereka menghadiri konvensyen antarabangsa mengikut pilihan masing-masing.

Penerima terdiri daripada Prof Madya Dr Voon Boo Ho dan Dr Caesar Dealwis daripada Universiti Tek-nologi MARA (UiTM) Sarawak, Dr Hamila Abdul Latip (Universiti Malaysia Sarawak), Ngui Kwang Sing dan Brian Loh (Swinburne University of Technology Kampus Sarawak) serta Chua Lee Chuan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang.

Terdahulu dalam ucapannya, Cannon berkata mereka yang dipilih untuk anugerah biasiswa ini telah mengambil langkah positif dalam membina jaringan profesional antarabangsa yang akan membantu Sarawak memenangi bidaan persidangan antarabangsa pada masa akan datang. “Matlamat anugerah ini adalah untuk menggalakkan pembida berpotensi terlibat secara aktif dalam menghadiri konvensyen antarabangsa.

“Menerusi penyertaan dalam konvensyen antarabangsa, ia adalah peluang untuk penerima anugerah biasiswa ini membida peng-anjuran konvensyen antarabangsa di Sarawak dengan menonjolkan peluang serta manfaat dalam bidaan ma-sing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan SCB Daylan Reda Noel berkata pemenang dipilih berdasarkan kualiti penyerahan dan kemungkinan giliran konvensyen serta skop program masing-ma-sing.

Selain itu pemenang kata-nya, mempamerkan semangat dan dedikasi yang kuat dalam bidang masing-masing dan anugerah ini akan menggalakkan mereka membida persidangan di Sarawak.

Dalam pada itu, penerima-penerima anugerah ini akan menerima trofi dan meraikan kemenangan mereka pada Anugerah Penghargaan Anak Sarawak yang akan dianjurkan oleh SCB pada 30 November akan datang.

Merupakan salah satu daripada inisiatif SCB, anugerah ini terbuka kepada semua penduduk Sarawak berumur 18 tahun ke atas sama ada daripada institusi pendidikan, syarikat swasta atau jabatan kerajaan termasuk pelajar institusi pengajian tinggi yang disokong oleh universiti atau kolej masing-masing.