Kelonggaran tangani kekosongan guru di S’wak: Fatimah

3

Fatimah

KUCHING: Sarawak diberi kelonggaran untuk menggunakan perkhidmatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi mengisi kekosongan guru di sekolah sementara menunggu penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (INTERIM).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Ke-    luarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia ekoran kelulusan daripada Kementerian Pendidikan mengenai per-mohonan kelonggaran khasnya di Sarawak.

Menurut beliau, selepas pekeliling dikeluarkan pada 2011 untuk menghentikan penyerapan GSTT yang digantikan dengan guru INTERIM, Sarawak berdepan kekurangan guru yang se-rius.

“Bagaimanapun, ada di kalangan guru INTERIM enggan ditempatkan meskipun mereka belum mendapat penempatan dan pada masa yang sama, kita tidak dapat menggunakan khidmat GSTT.

“Maka berlaku kekosongan guru yang mana akan me-maksa guru sedia ada di sekolah berkaitan mengajar le-bih daripada tugasan mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Fatimah menegaskan, masalah dihadapi Sarawak yang berbeza dengan negeri-ne-geri lain menyebabkan kelonggaran dari segi penyerapan GSTT harus diberikan.

“Kita memohon kelonggaran ini, iaitu sekolah yang mempunyai kekosongan boleh mengambil GSTT se-hingga kementerian menghantar guru dan ia telah diluluskan khas untuk Sarawak,” jelasnya.

Fatimah sebelum ini pernah mencadangkan agar Sara-wak diberi kelonggaran untuk melantik semula GSTT bagi menangani masalah kekurangan guru.

Mengenai pengumuman Kementerian Pendidikan akan menyelesaikan isu pertukaran guru bertugas di Sara-wak dan Sabah dengan me-latih lebih ramai anak tempatan, Fatimah berkata ia langkah wajar dan menjadi isu utama sejak dahulu lagi.

“Kita amat gembira me-ngenai perkara ini, namun kita berharap ia juga akan diterjemahkan dalam tindakan atau pelaksanaan.

“Ini kerana apa yang pen-ting adalah mereka yang diambil betul-betul berkualiti demi melahirkan modal insan berkualiti,” katanya.

Semalam, Bernama dipetik sebagai berkata, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu kementerian akan menyelesaikan isu pertukaran guru bertugas di Sarawak dan Sabah ke Semenanjung de-ngan melatih lebih ramai anak tempatan.

“Dengan adanya lebih ramai guru dari Sabah dan Sarawak, kita akan dapat mengatasi isu perpindahan terlalu ramai guru di sana yang ingin balik bertugas di Se-menanjung.

“Pengambilan baharu untuk melatih guru dari Sabah dan Sarawak akan dibuat tahun depan,” kata Idris.