Pemotong rumput terjumpa mayat reput di tepi parit

0

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas maut apabila dirempuh sebuah motosikal berkuasa tinggi ketika cuba melintas jalan di simpang masuk ke Alam Mesra, Jalan Sulaman, di sini.

Mangsa dikenali sebagai Sihuwa Samion, 61, yang berasal dari Kampung Numbak, Menggatal itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Terdahulu, dalam insiden yang terjadi sekitar jam 6 petang itu, mangsa dikatakan sedang melintas jalan dari Alam Mesra menuju ke kampung berhampiran.

Bagaimanapun, dengan secara tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 26 tahun lalu merempuh mangsa yang cuba menyeberangi jalan raya berkenaan.

Mangsa difahamkan tercampak beberapa meter di atas jalan sebelum terpelosok jatuh ke longkang berhampiran lokasi kejadian dan meninggal dunia akibat kecederaan yang parah.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan mengesahkan penunggang motosikal terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kemalangan itu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.