Rogol rakan sepupu, suspek ditahan di sebuah tapak pembinaan

0

PETUGAS keselamatan memeriksa mayat mangsa yang terjatuh sebaik terbabit nahas di simpang masuk ke Alam Mesra, Jalan Sulaman, petang Selasa lalu.

KOTA MARUDU: Ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, seorang remaja lelaki tergamak merogol rakan sepupunya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batu Lapan, di sini, baru-baru ini.

Difahamkan dalam insiden pada 22 September lalu itu, mangsa yang berusia 14 tahun dikatakan pergi bermalam di rumah rakannya di lokasi terbabit.

Turut dipercayai sebelum kejadian itu, suspek, 17, telah mengambil peluang membawa mangsa untuk bersembang di belakang rumah sepupunya kira-kira jam 11 malam berkenaan.

Suspek kemudiannya bertindak di luar batasan dengan menutup mulut mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof berkata bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan anggota akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah tapak pembinaan berhampiran kawasan pekan terbabit pada 24 September lepas.

“Suspek ditahan kira-kira jam 6.20 petang di sebuah tapak pembinaan berhampiran pekan Kota Marudu bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.