Pertandingan bola sepak meriahkan Karnival Sukan KTS

0

SEMANGAT KESUKANAN: Para peserta bersaing pada pertandingan bola sepak sempena Karnival Sukan KTS 2013.

SIBU: Karnival Sukan KTS 2013 diteruskan dengan pertandingan bola sepak yang berlangsung di padang bola sepak di Jalan Lada, di sini semalam.

Pertandingan bola sepak itu menyaksikan penyertaan pasukan KTS, See Hua dan Foodland.

Pengerusi pengelola, Anna Wong berkata pertandingan bola sepak merupakan sebahagian daripada aktiviti sukan sempena Karnival Sukan KTS 2013.

“Objektif penganjuran pertandingan bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim sesama kakitangan di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya.

Selain itu, turut diadakan pertandingan pingpong, badminton, boling dan sukaneka sepanjang Karnival Sukan KTS 2013 yang bermula 14 Julai hingga 26 Oktober ini.