Aura penyokong Ngap Sayot

0

GEMURUH: Para penyokong setia Sarawak mengerumuni lokasi Jelajah Trofi Watsons Piala Malaysia 2013 di Merdeka Plaza, Kuching.

TIDAK LEPAS PELUANG: Salah seorang penyokong Sarawak bergambar dengan trofi Piala Malaysia yang dipamerkan.

Jelajah Trofi Watsons Piala Malaysia 2013 di Kuching menerima sambutan gemuruh

KUCHING: Program Jelajah Trofi Watsons Piala Malaysia 2013 yang berlabuh di sini semalam menerima sambutan gemuruh daripada ratusan penyokongpenyokong dan peminat setia skuad bola sepak ‘Ngap Sayot’.

Acara anjuran Astro Arena itu berlangsung di Plaza Merdeka, di sini bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan yang menjadi tumpuan pengunjung ialah bergambar dengan trofi asli Piala Malaysia yang dipamerkan sempena jelajah itu.

Lokasi jelajah trofi berprestij itu mula dikerumuni orang ramai terutamanya penyokong-penyokong Sarawak sejurus ketibaan beberapa pemain skuad Ngap Sayot di Plaza Merdeka sekitar jam 2 petang.

Mereka kemudiannya men gadakan sesi menandatangani autograf dan bergambar bersama-sama penyokong dan peminat setia pasukan Sarawak.

Dalam pada itu, aktiviti kuiz turut diadakan kepada orang ramai dengan menawarkan pelbagai barangan eksklusif termasuk tiket perlawanan separuh akhir pertemuan Sarawak menentang Pahang di Stadium Negeri Kuching pada 26 Oktober (Sabtu) depan.

Aktivitiaktiviti lain ialah acara sepak bola, menimbang bola, permainan video bola sepak dan sebagainya.

Sarawak merupakan lokasi ketiga Jelajah Trofi Watsons Piala Malaysia 2013 selepas Kota Bharu, Kelantan dan Kuantan, Pahang.

Jelajah trofi itu diadakan untuk mendekatkan penyokong-penyokong dengan para pemain selain mempamerkan Piala Malaysia secara langsung kepada orang ramai.