Enam tanding Naib Presiden

KUCHING: Enam calon mengesahkan pencalonan untuk merebut tiga jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi kuota Bumiputera pada Konvensyen PBB Ke-13.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Konvensyen Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, mereka terdiri daripada Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Datuk Daud Abdul Rahman dan Datuk Abdul Wahab Aziz.

Tiga calon lain termasuk Datuk Talib Zulpilip, Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Bolhassan Di.

Bagaimanapun menurutnya, jawatan Naib Presiden PBB bagi kuota Pesaka menyaksikan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Datuk Alexander Nanta Linggi menang tanpa bertanding.

“Sehingga jam 5 petang (semalam), kami menerima enam pencalonan untuk merebut tiga jawatan Naib Presiden bagi kuota Bumiputera,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB semalam.

Bagi jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) bagi kuota Bumiputera, sebanyak 11 jawatan dipertandingkan dengan melibatkan pertandingan 14 penjuru.

Calon bertanding termasuk Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datu Len Talif Salleh, Dato Sri Mohamad Ali Mahmud, Ahmad Lai Bujang, Dr Abdul Rahman Junaidi, Murni Suhaili dan Dr Abdul Rahman Ismail.

Tujuh calon lain merangkumi Dr Hazland Abang Hipni, Mohammad Razi Sitam, Datuk Idris Buang, Datuk Aidan Wing, Akit Sebli, Zainulabidin @ Zainal Ismail dan Pandi Suhaili.

Sementara itu tiada pertandingan untuk jawatan ahli MT bagi kuota Pesaka.

Ahli MT bagi kuota Pesaka merangkumi Datuk Gramong Juna, Datuk Seri James Dawos Mamit, Datuk Henry Sum Agong, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Datuk Ambrose Blikau Enturan, Martin Ben, Daniel Jubang Kanyan, Watson Bangau dan Michael Mujah Lihan.

Asfia berkata, cabutan undi calon akan berlangsung pada 16 Oktober bermula jam 11 pagi di Ibu Pejabat PBB.

Beliau menambah, kesemua 71 cawangan parti juga bersetuju agar jawatan Presiden, dua Timbalan Presiden dan dua Naib Presiden Kanan tidak dipertandingkan.

Ini bermakna Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai Presiden manakala dua Timbalan Presiden masing-masing disandang Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Naib Presiden Kanan juga kekal disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Konvensyen PBB Ke-13 akan berlangsung dari 18 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan dihadiri kira-kira 6,000 perwakilan dan pemerhati.

Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dijangka merasmikan Konvensyen itu pada 21 Oktober.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of