Syabu bernilai RM26,000 dirampas

RAMPAS: Madang menunjukkan dadah jenis syabu dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bintulu semalam.

BINTULU: Polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM26,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah persendirian, Jalan Tun Hussein Onn di sini, jam 8.30 malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat berkata dalam serbuan itu, polis turut menahan 15 suspek utama yang kesemuanya warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita dalam lingkungan umur 22 hingga 38 tahun.

Katanya suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam aktiviti pengedaran dadah di bahagian ini dipercayai untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

“Pemeriksaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah dan Narkotik (USJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menemui dadah seberat 64.12 gram yang disimpan dalam 25 paket dan tiga tiub yang disorok dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah berkenaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Serbuan itu turut merampas 15 dokumen pengenalan diri milik semua suspek yang ditahan itu.

Semua suspek kini dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berkaitan, USJN IPD Bintulu memberkas seorang lelaki tampatan dan seorang warga asing pada jam 5.50 pagi di Batu 36 Jalan Bintulu-Miri atas kesalahan memiliki dadah jenis sama seberat 12.8 gram dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan dua kes sindiket pengedaran dadah di bahagian ini.

Dalam pada itu, Madang menasihati orang awam yang terlihat atau mengetahui maklumat mengenai aktiviti sindiket dadah di kawasan perumahan atau di sekitar tempat mereka tinggal menghubungi atau segera melaporkan aktiviti terbabit.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of