Gangguan air di beberapa kawasan di Miri hari ini

0

MIRI: Terdapat gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Miri hari ini, 17 Oktober mulai jam 9 pagi hingga 2 petang berikutan kerja-kerja pembesaran Jalan Kubu.

Pihak Laku Management Sdn Bhd (LAKU) dalam kenyataannya semalam berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Temenggong Oyong Lawai Jau, Pusat Komersial Centre Point Fasa 2, Kelab Gymkhana, Sekolah Kebangsaan (SK) Columba, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Columba, Kuil Sikh, pejabat Jabatan Kerja Raya Miri, rumah kediaman Jabatan Laut Miri, kondominium Samling, kawasan Marina Bay, SK South dan SMK Chung Hua Miri.

Manakala kawasan-kawa-san lain ialah pejabat Samling, pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Jalan Geikie, Jalan Lim Chee Hian, Parkcity Everly Hotel Miri, Marriott Resort and Spa, SMK St Joseph, pejabat Telekom Malaysia, Taman Selera, Sri Tanjung dan kawasan berdekatan.

Justeru, Pengurus LAKU Kawasan Miri Lo Su Onn menasihati pengguna agar menyimpan stok bekalan air untuk kegunaan seharian yang mencukupi ketika gangguan air tersebut.

Bagaimanapun, katanya, jika ada antara pihak yang memerlukan bantuan air dengan segera, mereka boleh menghubungi LAKU menerusi talian 085-426626 atau 085-436626, jelasnya.

Katanya lagi, jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, kerja-kerja akan disambung pada hari berikutnya pada jam sama.

Segala kesulitan yang dihadapi pengguna amat dikesali dan pihak LAKU cuba sedaya-upaya untuk mengurangkan masa gangguan bekalan air tersebut.