Guru rugi RM4,000 rumah dipecah masuk

0

KUCHING: Seorang guru mendakwa mengalami kerugian mencecah RM4,000 selepas ru­mahnya dipecah masuk awal pagi semalam.

Mangsa, 31, semasa kejadian dikatakan tidak berada di rumah dan hanya menyedari insiden tersebut sebaik sahaja tiba di rumahnya di Taman Synergy, Matang sekitar jam 1.30 pagi.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya mendapati mangga pagar rumahnya itu telah dipecahkan dan keadaan di dalam rumahnya itu juga berselerak.

Pemeriksaan lanjut mangsa mendapati sebuah televisyen, sistem teater rumah dan beberapa perkakas elektrik lain yang di­anggarkan bernilai mencecah RM4,000 lesap.

Laporan polis berhubung ke­jadian telah dibuat oleh mangsa dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

Sementara dalam satu kejadian berasingan, sebuah rumah di Jalan Perupok, di sini juga dipecah masuk petang kelmarin.

Difahamkan, seorang dari­pada ahli keluarga tersebut telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut yang kemudian terus memeriksa ke dalam rumah tersebut.

Hasil pemeriksaan awal, dida­pati beberapa peralatan elektrik dan elektronik telah hilang iaitu antaranya sebuah televisyen dan komputer riba.

Risau perkara tersebut akan berulang, keluarga itu kemudian terus membuat laporan polis ber­hubung kejadian.

Siasatan polis masih di­jalankan.