Cabaran terbesar ‘kemampanan’ sumber tenaga asli

0

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy, Datuk Torstein Dale Sjotveit  dijemput untuk berucap pada sesi meja bulat yang diadakan pada 17 Oktober lalu membincangkan ‘Inisiatif Elektrik Global’ ( GEI ).

Menurut kenyataan akhbarnya di sini kelmarin, ini merupakan susulan kepada ucapan awam yang dibuatnya di hadapan 22 delegasi perwakilan dari Negara Kongres Tenaga Dunia (WEC) di Deagu, Korea pada 15 Oktober lalu.

Katanya, perhimpunan pemimpin itu merupakan perbincangan di kalangan pihak pemimpin sumber asli global sambil bertukar-tukar dan berkongsi pandangan mengenai akses tenaga, isu-isu kemampanan dan cabaran dari seluruh dunia.

Pada sesi itu, Torstein menekankan tumpuan kepada hakikat bahawa cabaran yang paling besar untuk ‘kemampanan’ adalah pengagihan tidak sama rata kekayaan antara negara-negara maju dan kurang maju.

“Negara-negara kaya atau maju menyebabkan banyak masalah sehingga menimbulkan masalah kepada isu alam sekitar global.

“Masyarakat dari negara membangun mempunyai hak dan kewajipan untuk membangunkan sumber-sumber semula jadi mereka untuk manfaat generasi masa kini dan akan datang.

“Mereka berhak memberi peluang kehidupan yang sama, infrastruktur dan perkhidmatan awam sebagai rakyat di negara maju,” katanya.

Memetik sumber dari Bank Dunia (2011), jurang KDNK antara penduduk Sarawak dan masyarakat di negara maju masih ketara iaitu KDNK per kapita di Australia adalah AS$61,789 dan bagi Malaysia adalah AS$9,977.

Kebanyakan masalah yang dihadapi kelestarian dunia hari ini adalah hasil daripada eksploitasi sumber dunia oleh negara barat.

Menurut Institut Sumber Dunia menyatakan pengeluaran CO2 Kumulatif pada 1850 hingga 2002 sebagai contoh, negara-negara membangun hanya menyumbang 24 peratus manakala negara maju pada 76 peratus.

Tambah beliau, 24 peratus datang dari 3.8 bilion orang di negara membangun, manakala 76 peratus datang daripada satu bilion orang terkaya di negara maju.

“Standard kemampanan dunia tidak menghalang pembangunan untuk bahagian yang kurang maju daripada penduduk global.

“Adalah tidak adil bagi negara barat yang sama telah melakukan pencemaran keatas air dan dan udara kini mengenakan standard ‘ketat’ kemampanan ke atas negara yang masih membangun serta menghalang pembangunan di negara terbabit.

“Jika piawaian yang sama diguna pakai pada 50 atau 100 tahun yang lalu tidak mungkin negara maju barat berkembang seperti sedia ada sekarang.

“Malah, hari ini ekonomi asas dunia barat adalah berdasarkan kepada apa yang kini kita takrifkan sebagai tidak mampan bagi dunia membangun,” ujarnya.

Mengulas mengenai keperluan besar empangan hidro, Torstein berkata loji tenaga besar berkesan menjana kuasa untuk meningkatkan ekonomi tempatan, perbezaan peringkat kos per kwh boleh mencapai dari 1 hingga 10, di antara projek-projek hidro kecil dan besar.

Pembangunan besar cekap loji kuasa untuk membekalkan kekayaan mewujudkan industri adalah penting untuk menangani isu-isu kemampanan sebenar dengan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE ).

Sarawak juga sedang dalam usaha melaksanakan pelan untuk meningkatkan GDP/kapita dari AS$9,977 (2011) kepada AS$15,000 menjelang 2020.

GEI telah dilancarkan pada tahun 2011 di COP-17 sidang kemuncak di Durban, Afrika Selatan.

Ia bertujuan mempamerkan tindakan proaktif yang utiliti bertanggungjawab meningkatkan akses kepada bekalan elektrik murah dan bersih.