Empat pasukan sertai futsal tertutup RAPORT

0

ERAT SILATURAHIM: Kakitangan menyertai pertandingan futsal sempena Hari Karnival Sukan RAPORT di Sibu, kelmarin.

SIBU: Seramai empat pasukan telah menyertai pertandingan futsal tertutup anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi Lembaga Pelabuhan Rajang (RAPORT) di sini, kelmarin.

Empat pasukan itu ialah Charlie, Delta, Alpha dan Bravo.

Pertandingan futsal itu diadakan sempena Hari Karnival Sukan RAPORT bermula sejak 19 Oktober hingga 16 November depan.

Pelbagai acara sukan dipertandingkan pada karnival itu ialah badminton, pingpong, futsal, petanque, bola tampar, boling, dart, karom dan congkak.

Seramai 222 kakitangan serta ahli RAPORT telah mengambil bahagian dalam karnival kali ini.

Penutupan karnival ini akan berlangsung pada 16 November depan sempena Hari Keluarga RAPORT di pekarangan tempat letak kereta Lembaga Pelabuhan Rajang di Jalan Pulau di sini.