Saingan sepak takraw regu terbuka bagi merebut Piala Ahli Parlimen Sibuti

0

MIRI: Pasukan Sepak Takraw seluruh Sarawak dipelawa untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Terbuka Piala Ahli Parlimen Sibuti 2013 yang bakal berlangsung pada 2 dan 3 November ini di gelanggang bola keranjang Bekenu.

Kejohanan itu anjuran ber­sama Felcra Berhad dan Per­satuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bekenu.

Kejohanan adalah terbuka kepada semua penduduk di Sarawak dan setiap pasu­kan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang pemain dan tidak me­lebihi lima pemain bagi setiap regu, manakala setiap pemain hanya boleh bermain untuk satu pasukan sahaja.

Tiada ketetapan usia untuk para pemain dalam pasukan terbabit tetapi hanya lelaki dibenarkan menyertainya.

Format pertandingan diten­tukan berdasarkan bilangan pasukan yang mendaftar dan sistem kiraan mata dan per­aturan mengikut Persatuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) serta keseluruhan kejohanan dikendali oleh Per­satuan Pengadil Sepak Takraw Bahagian Miri.

Hadiah kejohanan berupa wang tunai RM700 untuk pasukan bergelar juara, medal serta piala pusingan.

Manakala naib juara, ketiga dan keempat masing-masing membawa hadiah RM500, RM300 dan RM200 berserta medal.

Yuran pendaftaran RM50 untuk setiap pasukan dan sesiapa berminat boleh men­ghubungi Bustami Zubir (013-8820902), Abdul Karim Joni (019-4873395), Nizam (013-3098947) dan Alai Liaw (016-8528522).