110 atlet istimewa bersaing pada temasya Sukan Olimpik Khas di Miri

0

MIRI: Bandar raya Miri menjadi tuan rumah kejo­hanan Sukan Olimpik Khas yang bermula hari ini (1 No­vember) selama tiga hari.

Seramai 110 atlet istimewa dari Miri, Kuching, Sibu , Bintulu dan Limbang berkampung di sini untuk menjayakan temasya sukan kali ketiga ini.

Pengerusi penganjur, Liza Chai memberitahu atlet ter­libat dalam lima acara sukan iaitu bola sepak di Padang Pusat Belia, boling di Meg­alanes East Centre Bintang Megamall, padang dan bala­pan di Stadium Miri, renang di kolam renang awam Miri dan Bocce di pekarangan Bulan Sabit Merah Cabang Miri.

Semua acara kecuali renang akan diadakan pada hari Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Renang di­adakan pada pagi Sabtu.

Liza yang juga merupa­kan Pengerusi Olimpik Khas Sarawak Cabang Miri menyeru ibu bapa dan pen­duduk Miri hadir bera­mai-ramai memberi sokon­gan kepada atlet-atlet yang bertanding.

“Aktiviti ini baik untuk orang awam untuk membole­hkan mereka tahu bagaimana kita dan apa yang kita boleh capai bersama atlet ini, men­unjukkan kepada orang awam bahawa anak-anak istimewa mereka boleh bersukan se­bagaimana orang lain.

“Kita amat memerlukan sokongan orang awam dan ibu bapa menyaksikan keu­payaan atlet-atlet istimewa ini bertanding, “ katanya di sini semalam.

Beliau menambah, aktiviti lain yang turut dianjurkan ialah Program Olahraga Sihat di mana sepasukan terdiri daripada 90 kakitangan pe­rubatan dari Sabah, Kuala Lumpur dan Sibu datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap atlet dan kanak-kanak istimewa.

Presiden Olimpik Khas Sarawak yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pem­bangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah akan merasmikan penutupan pada Ahad ini.

Atlet yang terpilih dari temasya ini akan mewak­ili Sarawak ke kejohanan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.