Pembangkang pun akan laksana GST jika memerintah: Anwar

0

KUALA LUMPUR: Ke-tua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang pun akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia dapat meme-rintah negara.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata bantahan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu, tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.

Anwar berkata sejak beliau dimaklumkan mengenai GST pada 1993, beliau mengakui bahawa sistem percukaian itu adalah suatu sistem yang efi-sien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara.

Pada sidang media di lobi Parlimen di sini semalam, Anwar yang ditanya bila negara bersedia untuk melaksanakan GST, berkata: “Lama lagi baharu boleh pertimbangkan (melaksanakan GST).”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus bermula 1 April 2015, tertakluk kepada pengecualian beberapa barangan keperluan asas seperti makanan.

Mengenai laporan yang mendakwa Amerika Syarikat mengendalikan stesen pemantauan di kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di negara ini, Anwar meminta perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak segera supaya Malaysia ‘tidak kelihatan lemah’ dalam hal itu.

“Ini perkara serius kepada negara. Tidak ada negara boleh bertoleransi dalam isu berkaitan perisikan,” kata-nya.

Laporan itu diperoleh dari dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden, yang men-dedahkan bahawa terdapat 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok dan Yangon. — Bernama