Bobby tinggalkan S’wak sertai PDRM

0

KUCHING: Penyerang sensasi, Bobby Gonzales, 29, dikhabarkan akan men­inggalkan Sarawak pada musim depan bagi menyertai pasukan Liga Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut laporan, beliau dikatakan mendapat tawaran lebih lumayan daripada PDRM dalam usaha mereka mempertajam barisan seran­gan menghadapi saingan musim depan.

Laporan juga menga­takan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) terpaksa me­lepaskan penjaring terban­yak Sarawak itu jika tidak dapat menyamai gaji yang dibayar oleh PDRM.

Bobby sedang menyer­tai latihan bersama skuad kebangsaan sebagai persia­pan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Manama (15 No­vember) dan Qatar di Kuala Lumpur (19 November).

J ika be l i au be r s e tu­ju menyertai PDRM, ia satu kehilangan besar buat Sarawak kerana Bobby merupakan seorang pemain yang berbakat dan mempu­nyai kemahiran tinggi.

Beliau mula menyertai Sarawak pada 2011 sebelum berhijrah ke tanah kelahiran­nya, Sabah pada 2012.

Pemain kelahiran Beaufort itu kembali ke pangkuan Sarawak pada tahun ini, di mana beliau membantu Sarawak muncul juara Liga Perdana dengan menjaring­kan 29 gol.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata dua pemain Sarawak iaitu Azizan Saperi dan Mohd Dzulazlan Ibra­him akan menyertai pasukan Liga Perdana pada musim depan secara pinjaman.

Katanya, langkah itu ber­tujuan memberi peluang ke­pada kedua-dua pemain itu mendapatkan semula rentak permainan setelah berehat panjang ekoran kecederaan yang mereka alami pada awal musim ini.

“Jika kita benarkan kedua-dua pemain itu beraksi pada Liga Super, ia akan mela­mbatkan proses pemulihan mereka kerana kejohanan tersebut sangat kompetitif dan mencabar.

“Justeru, kita telah ber­setuju untuk meminjamkan mereka kepada pasukan Liga Perdana dan berharap kedua-duanya dapat kem­bali semula ke pangkuan kita secepat yang mungkin,” katanya.