SWP akan bertanding di tujuh kerusi DUN

0

SNG

Namun setakat ini hanya empat kerusi telah dikenal pasti iaitu Pelagus, Meluan, Engkilili dan Tamin

KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya Larry Sng berkata tujuh kerusi ber-kenaan termasuk Pelagus dan kemungkian besar beliau akan bertanding di bekas konsti-tuensinya itu.

“Saya berharap dapat ber-tanding di Pelagus dan terpulang kepada parti untuk memuktamadkannya. Pilihan Raya Negeri masih lama, tentu banyak perkara boleh berubah,” ujarnya.

Beliau menambah, parti itu telah memutuskan untuk bertanding tujuh kerusi pada PRN akan datang dan setakat ini hanya empat kerusi telah dikenal pasti iaitu Pelagus, Meluan, Engkilili dan Tamin.

Sng dalam pada itu enggan mendedahkan tiga lagi kerusi yang diintai SWP dengan alasan parti masih belum mengenal pasti calon berpotensi.

Menurutnya parti hanya telah mengenal pasti calon berpotensi untuk kerusi Pelagus, Meluan, Engkilili dan Tamin, kawasan luar bandar yang dikatakan parti itu mempunyai peluang cerah untuk menang.

“Tiga lagi kerusi akan di-umumkan kemudian apabila kami (SWP) sudah bersedia.

“Kami sudah memikirkan tiga kerusi ini tetapi ia hanya akan diumumkan sebaik calon berpotensi sudah dikenal pasti dan selepas kita mengukur peluang menang di kawasan-kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sng memberitahu, parti itu memutuskan untuk ber-tanding di tujuh kerusi bagi membolehkannya terus fokus dan memastikan mereka dapat memantau keputusannya.

Meskipun PRN akan diadakan sekurang-kurangnya dua tahun lagi, Sng berkata beliau mengambil keputusan membuat pengumuman kerana parti politik lain, pembangkang mahupun Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai jentera pilihan raya masing-masing.

Malah katanya sudah ada jentera pilihan raya parti politik mula turun padang untuk mendapatkan soko-ngan rakyat.

“Kami tidak boleh melakukan perkara seperti ini pada saat-saat akhir. Kami akan mempersiapkan para ahli dan memaklumkan hala tuju parti,” katanya.

Bagaimanapun Sng memberitahu bahawa buat masa ini, beliau tidak dapat meng-ukur peluang kemenangan SWP di tujuh kerusi yang akan ditandinginya.

Justeru katanya, parti akan turun padang dan mendengar pandangan akar umbi.

Ditanya sama ada SWP akan menyertai Pakatan Rakyat, Sng berkata adalah jelas parti itu pembangkang dan dalam mesyuarat agung tahunan yang lalu, delegasi bersetuju SWP seharusnya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang.

Beliau turut memaklum-kan telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tetapi buat masa ini masih tiada yang dimuktamadkan.

SWP merupakan parti baharu yang didaftar pada April 2012.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) SWP bertanding di enam kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti komponen BN Negeri, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Enam kerusi Parlimen itu ialah Julau, Kanowit, Huju Rajang, Lubok Antu, Sri Aman dan Selangau tetapi gagal dalam cubaan awalnya itu sekali gus menyaksikan kerusi-kerusi berkenaan kekal milik PRS.