Polis kehendaki lelaki bantu siasatan kes bunuh di Inanam

0

Martinnus Petros dikehendaki polis bantu siasatan kes di Kionsom.

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mampu membantu siasatan berhubung kes bunuh di Kampung Kitobu, Inanam pada Oktober lepas.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Martinnus Petros @Boro, 45, dari Kampung Rampayan, Menggatal dikehendaki polis bagi siasatan kes dengan segera susulan daripada insiden yang berlaku berhampiran Jalan Kitobu/Kironggu, Kionsom di Inanam pada 25 Oktober lalu.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Deputi Superitendan Peter Umbuas berkata sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai-balai terdekat atau menghububung ASP Yusuf Othman di talian 012-8191313.

“Kerjasama orang ramai adalah amat dihargai bagi membantu siasatan kes ini,” katanya di sini kelmarin.