JAS jamin Sg Suai bebas daripada sebarang pencemaran

0

BINTULU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi jaminan bahawa Sungai Suai bebas daripada sebarang bentuk pencemaran yang boleh memudaratkan kesihatan penduduk setempat.

Menurut kenyataannya semalam, JAS berkata, siasatan telah dijalankan ke atas dua buah kilang sawit yang beroperasi berdekatan dengan sungai terbabit.

Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan mendapati sistem pengolahan efluen bagi kedua-dua kilang kelapa sawit tersebut berfungsi dengan baik dan tiada kejadian ‘by-pass’ berlaku.

“Keputusan analisis kimia yang terkini bagi kedua-dua buah kilang tersebut menunjukkan efluen yang dilepaskan adalah mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

“Tinjauan melalui udara dijalankan di sepanjang Sungai Suai dan Sungai Paroh menunjukkan keada-an sungai tersebut adalah bersih dan tiada pencemaran dikesan daripada operasi kedua-dua kilang kelapa sawit berkaitan,” katanya.

Biarpun demikian, kata-nya, JAS akan terus memantau rapi operasi kilang-kilang yang terletak di sepanjang Sungai Suai dan Sungai Paloh bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Kenyataan JAS tersebut merupakan maklum balas kepada laporan Utusan Borneo pada 6 November lalu yang menyiarkan dakwaan penduduk Rumah Robert Tugang, Sungai Suai bahawa sungai ber-kenaan telah tercemar teruk berikutan empat buah kilang sawit yang membuang sisa buangan industri secara tidak terkawal.

Malah, ada penduduk yang bimbang dengan fenomena ikan sungai yang mati ter-apung di sungai berkenaan baru-baru ini serta airnya yang hitam serta berbau busuk.

Mereka terutama penduduk Rumah Robert Tugang melahirkan kebimba-ngan tersebut kerana ramai di kalangan mereka yang menjadi nelayan di sungai berkenaan.

Penduduk mendakwa perkara itu pernah dipanjangkan kepada Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran (NREB) sedikit masa lalu, bagaimanapun mereka mendakwa tiada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkaitan bagi me-nyelesaikannya.