JCI Riam Miri diiktiraf antara sepuluh terbaik

0

TAHNIAH: Presiden JCI Malaysia, Kim Tan Jiin Oei (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada Samantha pada majlis di Sibu baru-baru ini.

MIRI: Pertubuhan khidmat belia Junior Chamber International (JCI) Riam Miri memenangi Anugerah Presiden Kebangsaan yang meletakkannya sebagai antara sepuluh JCI terbaik di negara ini.

Anugerah diterima semasa Konvensyen Tahunan JCI Peringkat Kebangsaan Ke-38 di Sibu, baru-baru ini.

Untuk pencapaian peringkat negeri, mereka menerima enam anugerah pada majlis tersebut.

Anugerah yang diterima ialah ‘Highest Local Organisation Membership Growth Award,’ ‘Outstanding Local Organisation Management Award,’ ‘Most Cooperative Local Organisation President Award’ untuk Samantha Yong, ‘Top Recruiter Award (Merit),’ ‘Most Cooperative Local Organisation Secretary Award’ untuk Cecily Tan dan ‘Most Outstanding Area Officer’ untuk Caren Huong Sia Wei.

Pasukan bahasa mereka yang dianggotai oleh Samantha Yong, Benson Kuan dan Kueh Sze Ling pula menjuarai pertandingan bahas bahasa Mandarin.

Yong memberitahu, mereka tidak menyangka akan mendapat pengiktirafan tersebut.

“JCI Riam Miri merupakan cabang terbaharu dan sehingga kini telah berjaya merekrut seramai 40 ahli sejak ditubuhkan pada tiga tahun lalu. Kita begitu bangga dengan usaha dan kejayaan kita dan semua ini adalah dari sokongan semua ahli,” jelasnya.

Menurut Yong, sokongan berterusan dari ahli jawatankuasa dan ahli-ahli untuk membolehkan pertubuhan mereka terus cemerlang.