Sidang, Hari Audit julung kali di Sarawak

0

KUCHING: Buat julung kali-nya Jabatan Audit Negara menganjurkan Hari Audit 1Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2013 di negeri ini.

Pengarah Jabatan Audit Negeri Khalid Khan Abdullah Khan berkata, program dari 9 hingga 12 November di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini.

Antara program kemuncak ialah Anugerah Kecemerla-ngan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 11 November yang terus merasmikan program berkenaan.

“Beliau (Taib) akan me-nyampaikan anugerah kepada 76 penerima iaitu semuanya dari agensi atau jabatan ke-rajaan negeri.

“Program ini dapat kita anjurkan di Sarawak dengan sokongan kerajaan negeri dan ia sempena Sambutan 50 tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Audit Negara, Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar di sini, semalam.

Khalid berkata, pada 11 November turut dilancarkan Logo Perhimpunan Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) dan pelancaran standard atau garis panduan peng-auditan.

Majlis perasmian dijangka dihadiri seramai 800 orang termasuk tetamu kehormat, manakala persidangan dijangka disertai 400 peserta terdiri daripada juruaudit Gred 48 ke atas dari jabatan kerajaan negeri dan kementerian.

Semasa persidangan, beberapa kertas kerja akan dibentangkan dan forum daripada badan-badan profesional.

“Manakala sebelum acara perasmian, iaitu pada 10 November satu program juga dianjurkan iaitu Program Kemasyarakatan Audit 1Malaysia di Kampung Santubong.

“Acara ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Audit Negara Tan Sri Dato Setia Ambin Buang,” jelasnya.

Program itu dijangka melibatkan kira-kira 300 pegawai audit seluruh negara dan 240 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong serta komuniti setempat.

Ia mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Santubong, pertubuhan bukan kerajaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (Santubong)dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Santubong.

Agensi kerajaan pula terdiri daripada iM4U Malaysia, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Klinik Desa Santubong.

Program tersebut bertujuan menyahut saranan kerajaan agar seluruh warga Malaysia dan kakitangan awam terlibat dalam aktiviti sukarelawan yang telah dilancarkan me-lalui Program iM4U.

Objektif program itu ialah meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar, masyarakat dan negara.

Selain itu, ia bertujuan memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab sosial serta sanggup menghulurkan bantuan secara sukarela selain memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih dekat.

Acara pada 10 November itu akan dimulakan dengan taklimat gotong-royong dan pembahagian kumpulan dan diikuti senaman cergas.

Antara lain program bakal menyaksikan penyampaian sumbangan kepada keluarga memerlukan dan penanaman pokok.