KBS perlu bertindak penjagaan gelanggang futsal 1M’sia

0

SIBU: Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak seharusnya dipertanggungjawabkan dalam pengurusan mahupun penyenggaraan gelanggang futsal sepenuhnya, kemudahan bakal terbiar dan manfaatnya tidak dinikmati.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa`ee mengulas mengenai laporan berita hampir 2,000 gelanggang di seluruh negara dilaporkan ditinggalkan dalam keadaan yang rosak dan pengabaiannya cukup ketara.

Beliau mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu bertindak dalam aspek penjagaan kemudahan atau pihak yang telah diswastakan untuk memastikan kemudahan sedemikian berada dalam pengurusan teratur dan baik.

“Saya berasa amat sedih membaca tentang kemudahan ini terabai dan tidak digunakan sepenuhnya sebaik mungkin. Ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana gelanggang futsal ini adalah untuk belia melibatkan diri dalam ativiti yang sihat.

“Saya tidak bersetuju bahawa penjagaan dan penyelenggaraan gelanggang futsal dikekalkan tanggungjawabnya kepada JKKK.

“Ini kerana, JKKK tidak mempunyai dana dalam menguruskan penyelanggaraan jika didapati rosak dan sebaliknya. Kemudahan tersebut perlu dikekalkan pengawasan oleh KBS.

“Mereka tidak seharusnya hanya menyerahkan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang mahu bertanggungjawab sepenuhnya apabila diwujudkan. Saya tidak fikir itu cara terbaik,” jelasnya.

Tambahnya, memberi alasan bahawa perihal berubah tangan dalam pengurusan organisasi dalam JKK juga faktor menjurus masalah ini, secara langsung peranan tersebut pasti terabai dan tugas penyelenggaraan tidak terlaksana.

“Apabila ia datang kepada NGO, mungkin tercetus idea berbeza daripada setiap ahli dana tiada siapa yang mahu bertanggungjawab. Mungkin ini sebabnya kemudahan dibiarkan di kebanyakan tempat seluruh negara,” katanya.

Dr Annuar turut menyuarakan jika perkara itu berpanjangan, kemudahan kian terabai maka rakyat secara langsung tidak dapat menikmati atau menggunakan kemudahan sedemikian lagi.

Menurut laporan, banyak gelanggang futsal di seluruh negara dibina dengan harapan bahawa masyarakat tempatan akan memeliharanya sebaik mungkin.

Laporan itu juga menyatakan bahawa gelanggang futsal kini atau lebih dikenali gelannggang futsal 1Malaysia diperuntukkan kos pembinaan oleh KBS sejumlah RM150,000 bagi setiap gelanggang.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chek kini sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia turut melaporkan bahawa kira-kira 2,000 gelanggang futsal dibina sejak beliau melaksanakan permulaan projek tersebut pada 2009.

Ditanya mengenai keadaan semasa kemudahan tersebut di Kampung Nangka di sini, Dr Annuar menyatakan ia masih di bawah tanggungjawab pemeliharaan oleh JKKK.