Tiga beradik belasah ibu kerana enggan beri duit untuk membeli dadah

0

SIBU: Tiga beradik berusia 16 hingga 19 tahun layak digelar anak derhaka kerana sanggup membelasah ibu kandung yang enggan memberikan wang untuk membeli dadah.

Ibu mereka yang tidak tahan dengan sikap anak-anaknya membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan.

Polis bertindak atas maklumat kemudian melakukan serbuan ke rumah mereka di Kampung Sentosa di sini.

Difahamkan, semasa penahanan dibuat semua suspek termasuk salah seorang daripada mereka masih bersekolah di sekolah menengah di sini, berada dalam keadaan khayal.

Hasil pemeriksaan perubatan, ketiga-tiga beradik terbabit didapati positif mengambil dadah dipercayai jenis syabu.

Dalam pada itu, polis mengenal pasti taktik penjualan dadah di bandar ini.

Siasatan awal, penjual dadah difahamkan memberi nombor akaun mereka kepada pembeli dadah sebelum urusan jual beli dilakukan.

Sebaik sahaja bayaran dibuat, dadah tersebut dicampak di kawasan yang dijanjikan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Justeru, polis merayu kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat agar kegiatan tidak sihat itu berjaya dibanteras.