Dua maut dalam kemalangan

0

KUNAK: Dua muat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo di Kilometer 18, Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Nurain Amir, 19, merupakan pembonceng motosikal dan bekerja sebagai kerani ladang, manakala penunggang EX5 dikenali sebagi Saharuddin Nanrang, 22, merupakan staf ladang meninggal dunia di Hospital Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M Radzali Mahmud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan awal pihaknya di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berpunca daripada kenderaan Toyota Vigo yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 34 tahun, yang dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Kunak.

Sebaik tiba di satu selekoh di lokasi kejadian, kenderaan Vigo terbabit yang dikatakan dipandu laju telah terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal yang datang dari arah hadapan.

“Impak daripada kemalangan itu telah mengakibatkan kedua-dua mangsa terpelanting di atas jalan, manakala motosikal mangsa terseret sejauh 35 meter dari tempat kemalangan itu.

“Nurain meninggal dunia serta merta di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan manakala Saharuddin meninggal dunia ketika berada di hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Beliau berkata kes itu kini di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

 

 

“Empat anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat,” katanya.