Operasi besar-besaran dicadang kesan aktiviti pemalsuan MyKad

0

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini semalam diberitahu ope-rasi besar-besaran harus dilancarkan bagi mengesan aktiviti pemalsuan MyKad berikutan kes pembunuhan baru-baru ini yang secara tidak langsung mengaitkan rakyat di Sabah dengan kegiatan jenayah.

Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong) berkata kes pembunuhan seorang pegawai bank di Subang Jaya bulan lepas yang didakwa dilakukan oleh pengawal keselamatan yang didapati menggunakan MyKad palsu yang dikeluarkan di Sabah telah merosakkan nama baik negeri ini.

“Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak memandangkan warga asing ini bukan saja menyamar sebagai warganegara Malaysia, malah diberi kepercayaan mengawal tempat penting dan sensitif seperti bank, pasar raya, gudang-gudang serta logistik bernilai tinggi.

“Masalah ini membabitkan nyawa kita apabila keselamatan dan kedaulatan negara diambil kesempatan oleh penjenayah,” katanya ketika membahaskan Bajet Negeri 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta jabatan berkaitan seperti Jabatan Pendaftara Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen supaya memperhebatkan operasi dalam menangani masalah itu.

Samsudin turut menggesa Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tek-nologi Maklumat Sabah, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Ketua Menteri mengambil perhatian serius mengenai tawaran pekerja-an seperti pengawal kese-lamatan dan pembantu rumah.

“Status mereka harus disa-ring terlebih dahulu sebelum diserapkan di mana-mana tempat untuk bekerja,” kata-nya.

Berhubung isu senjata api, Samsuddin meminta polis supaya mengkaji semula pemberian lesen senjata api kepada orang awam bagi mengelakkan daripada di-salahgunakan.

“Sesuai dengan isu-isu berkaitan keselamatan negara dewasa ini seperti kes jenayah, samun, rompak, penculikan, rogol dan pembunuhan, maka saya rasa terpanggil untuk meminta pihak berkuasa, khususnya pihak polis, untuk melakukan tapisan yang lebih ketat dalam memberikan kelulusan lesen senjata api dalam kalangan rakyat biasa,” katanya. — Bernama