Terdapat individu di Sabah ada kaitan dengan Syiah

0

Risikan terhadap suspek masih di peringkat awal: Ariffin

KOTA KINABALU: Terdapat beberapa individu di Sabah dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Ariffin Arif.

Beliau berkata bagai-manapun risikan yang dijalankan ke atas individu terbabit masih di peringkat awal.

Katanya dalam usaha membendung umat Islam daripada terjebak dengan ajaran salah termasuk ajaran Syiah, kerajaan negeri telah mengadakan beberapa seminar yang menyentuh bahaya serta ancaman ajaran sesat terhadap akidah umat Islam dan boleh mengancam ke-selamatan negara.

Beliau berkata seminar itu dianjurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri.

“Kerajaan negeri sentiasa menjalankan pemantauan, bukan sahaja terhadap ajaran-ajaran salah yang telah difatwa-kan haram, malahan terhadap ajaran-ajaran yang diragui kesahihannya,” katanya ketika menjawab soalan Mohamad Alamin (BN-Bongawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini semalam. — Bernama