20 buah motosikal ditahan dalam Ops Samseng

0

LABUAN: Sebanyak 20 buah motosikal telah ditahan dan dibawa ke balai polis baru-baru ini setelah penunggang motosikal terbabit disyaki terlibat dengan kegiatan rempit di Jalan Sungai Miri.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Adzhar Othman berkata Ops Samseng itu dilaksanakan setelah pihak polis menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan rempit di sekitar kawasan jalan berkenaan.

“Dalam aduan itu, penunggang motosikal memaparkan aksi menunggang motosikal secara berbahaya yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Trafik Daerah, ASP Sammy Newton bersama seorang pegawai dan 13 anggota daripada cawangan trafik telah berjaya mengepung kumpulan rempit terbabit.

“Penunggang motosikal yang ditahan berumur dari 17 hingga 23 tahun. Sejumlah 37 saman telah dikeluarkan merangkumi kesalahan tidak memiliki lesen memandu, mengubah suai motosikal dan lain-lain kesalahan.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membanteras aktiviti yang tidak sihat,” katanya.

Adzhar berkata ibu bapa perlu mengawasi anak mereka yang memiliki motosikal kerana dikhuatiri kegiatan rempit dijangka meningkat ketika musim cuti sekolah.

Beliau mengingatkan bahawa pemilik motosikal akan dikenakan saman sekiranya didapati membenarkan anak mereka menggunakan motosikal tanpa lesen.

 

mso-bi�’ otPt p alibri’>Beliau berkata pihak polis memandang serius terhadap insiden yang menimpa mangsa (Yeo Vun Shi, 20-an) dan jika suspek terlibat diberkas polis berkemungkinan siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

 

Buat masa ini, beliau berkata pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mendatangkan kecederaan dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 kanun sama dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke IPD Tawau membantu siasatan.

“Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua suspek sedang melarikan diri dan kita percaya mereka adalah antara pelanggan premis perniagaan milik suami mangsa, memandangkan kedudukan lokasi premis terbabit terletak agak tersembunyi,” katanya.

Awang berkata pihak polis kini melancarkan gerakan memburu secara besar-besaran dan menubuhkan unit khas untuk mengesan keberadaan kedua-dua suspek yang dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas menikam mangsa.

Terdahulu, orang awam menghantar Yeo ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan selepas mangsa ditikam semasa cuba mengejar dua suspek yang melarikan telefon bimbitnya dari premis perniagaan milik suaminya di Kompleks Fajar pada Isnin lalu.

Awal bulan ini, media melaporkan mengenai dua kes samun bersenjata yang dilakukan oleh suspek-suspek yang memakai topi keledar dan menunggang motosikal di dua lokasi berasingan di daerah ini dalam tempoh kira-kira sejam pada 3 November lepas.