Projek TSB Getah memberi manfaat kepada peserta

0

TANAM SEMULA: Aaron (tiga kiri) bersama Ingai merasmikan Projek Tanam Semula Berkelompok Getah di Sungai Jih Jerebah, Kanowit. Turut kelihatan Ahmad (dua kanan) serta yang lain.

Dilaksana di atas tanah NCR seluas 162 hektar, disertai 39 pintu bilik dari Rumah Unggom Apok, Sungai Jih

KANOWIT: Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Getah di Sungai Jih Jerebah di sini akan memberi banyak manfaat kepada peserta projek meskipun pasaran harga getah global tidak menentu ketika ini.

Projek yang dilaksanakan di atas tanah Hak Adat Bumi-putera (NCR) seluas 162 hektar itu disertai 39 pintu bilik dari Rumah Unggom Apok, Sungai Jih.

Menurut Pengerusi TSB Getah Sungai Jih Jerebah, Ingai Achot, projek tersebut merupakan yang pertama di Kanowit diusahakan secara berkelompok di tanah NCR.

“Kami amat beruntung ke-rana diberi peluang menyertai projek ini yang akan menambahkan pendapatan peserta setelah membuahkan hasil lima tahun akan datang,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Projek dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang. Hadir sama Pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) Sibu Ahmad Fadeli.

Ingai berkata, meskipun harga getah tidak setinggi beberapa tahun lepas, namun mereka tetap optimis usaha menanam semula getah itu akan memberi hasil yang baik kepada peserta.

Dengan kos tanam semula diberikan oleh RISDA, peserta katanya tidak akan kerugian selagi mereka berusaha memajukan tanaman ma-sing-masing.

Bagi satu hektar tanah yang ditanam semula, RISDA memberi bantuan sebanyak RM13,500 yang akan disa-lurkan secara berperingkat-peringkat bagi tujuan membeli benih getah, baja dan sebagainya.

Getah yang ditanam akan mengeluarkan hasil setelah mencapai usia lima tahun dengan anggaran purata hasil getah sebanyak 2,000 kilogram setahun bagi satu hektar tanah.

Menurut Ingai lagi, setelah lima tahun terpulang kepada peserta untuk mengerjakan tanaman getah tersebut untuk memberikan hasil kepada mereka.

“Jika kita rajin, maka lebih banyak lagi pendapatan yang akan kita perolehi,” jelasnya sambil menambah banyak lagi penduduk sekitar berminat menyertai projek tersebut.

Aaron ketika berucap me-rasmikan projek menyifatkan peserta projek amat bertuah kerana mendapat bantuan daripada kerajaan bagi menanam semula getah di atas tanah masing-masing.

Katanya menjadi hasrat kerajaan melalui pelbagai agensi untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.