Harga hartanah dijangka meningkat 5-10 peratus pada 2014

SIBU: Harga hartanah di negeri ini dijangka meningkat sebanyak lima hingga 10 peratus bermula tahun depan.

Naib Presiden Persatuan Perumahan dan Pembangunan Harta-nah Sarawak (SHEDA) Datuk Joseph Ting King Sung berkata ini disebabkan faktor-faktor normal seperti peningkatan nilai hartanah dan kos pembinaan, bahan binaan, buruh dan tanah yang tinggi, dan bukannya disebabkan aktiviti spe-kulasi semata-mata.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi mengumumkan Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA 2013 selama tiga hari mulai 6 Dis di Wisma Sanyan, di sini.

Faktor-faktor penyumbang lain ialah kenaikan harga bahan api baru-baru ini dan tindakan tegas ke atas pendatang asing yang sedang di-kuatkuasakan sekarang.

Beliau berkata walaupun jualan dan pembelian hartanah tidak menerima kesan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bahan binaan dan perkhidmatan berkaitan lain akan menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan itu.

Ting yang juga seorang pemaju dengan beberapa projek di sini dan Kota Kinabalu berkata mujurlah tiada sebarang langkah tambahan atau sekatan ke atas pembiayaan, yang membolehkan pembeli pertama dan kedua memperoleh pembiayaan tinggi pada kadar faedah rendah dan banyak mudah tunai.

Mengenai GST enam peratus yang akan dilaksanakan pada April 2015, beliau percaya ia akan menjadi       ‘rahmat kepada perniagaan’ kerana cukai korporat akan dikurangkan daripada 25 peratus kepada 24 pe-ratus dan 20 peratus kepada 19 pe-ratus bagi syarikat kecil dan sederhana pada 2016.

“Ini positif bagi ekonomi kerana GST, ditambah dengan kelonggaran cukai bagi kumpulan berpendapatan sederhana dan pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak satu hingga tiga peratus, akan meningkatkan pendapatan boleh guna dan perbelanjaan penggunaan.

“Bagaimanapun, keseluruhannya, saya percaya pertumbuhan asas pasaran hartanah akan akhirnya perlu disokong oleh pengembangan penduduk dan peningkatan aktiviti perniagaan,” kata Ting.

Beliau berharap lebih banyak rumah di bawah harga RM380,000 dapat dibina untuk memenuhi permintaan rumah mampu milik daripada kumpulan pendapatan sederhana.

Sementara itu, mengulas mengenai jerayawara tersebut beliau berkata 19 pemaju dari negeri ini dan satu dari Kuala Lumpur, telah mengesahkanpenyertaan mereka.

Beliau berkata mereka akan mempamerkan hartanah daripada rumah kediaman hingga rumah kedai, pangsapuri, kondominium dan lain-lain.

“Mereka juga akan menawarkan faedah sampingan seperti harga istimewa, fi undang-undang dan cenderamata. Ia akan menjadi peluang terbaik bagi pembeli/pelabur untuk melihat dan membuat pembelian sementara menunggu jangkaan kenaikan,” kata Ting. — Bernama

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of