Ketua masyarakat Cina kesali kenyataan Chin

0

JANGAN DIPOLITIKKAN: Lu (duduk empat kiri) dan Liu (duduk tiga kanan) bersama ketua masyarakat kaum Cina pada sidang media di Kuching semalam.

Chin kata pelantikan ketua masyarakat khususnya muka baharu hanya daripada kumpulan Soon KohKUCHING: Ketua masya-rakat kaum Cina di sini semalam meluahkan rasa kesal dengan dakwaan Pre-siden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Peter Chin mengatakan pelantikan ketua masyara-kat khususnya beberapa muka baharu hanya daripada kalangan kumpulan yang menyokong Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh.

Mereka yang diketuai Temenggung Lu Kim Yong berkata dakwaan dibuat Chin adalah tidak berasas kerana mereka dilantik berdasarkan merit dan rekod sebelum ini sebagai ketua masyarakat dan tiada kena mengena dengan konflik dalaman SUPP ketika ini.

Lu menambah, pelantikan ketua masyarakat diperakui dan disyorkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di-sahkan oleh siasatan polis, Pejabat Daerah dan Pejabat Residen sebelum diluluskan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat.

“Kami mesti menjelaskan bahawa ketua masyarakat adalah bebas daripada arena politik. Kami tidak terlibat dalam mana-mana konflik yang berlaku dalam parti (SUPP) ketika ini.

“Pelantikan kami ada-lah melalui proses yang telus tanpa agenda peribadi tersembunyi. Semua muka baharu yang dilantik baru-baru ini dan mereka dilanjutkan tempoh perkhidmatan berdasarkan kebolehan serta rekod perkhidmatan sebelum ini,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pemanca Liu Thian Leong serta kira-kira 20 kapitan dari bahagian Ku-ching, Bau dan Lundu di sini semalam.

Lu berkata masyarakat setempat tahu serta meng-iktiraf perkhidmatan diberikan beberapa kapitan dan disebabkan khidmat yang baik sebelum ini serta kesanggupan untuk terus berkhidmat ditambah keadaan fizikal masih sihat, ada dalam kala-ngan mereka dilantik semula dan tidak kurang yang mendapat pengesyoran daripada NGO.

Beliau berkata hanya sekumpulan kecil dalam parti itu yang tidak puas hati memberi kenyataan tidak adil mengenai pelantikan ketua masyarakat kaum Cina dan ia akan mengelirukan rakyat.

“Saya menggesa ahli politik atau pemimpin dalam parti menghentikan tuduhan seperti ini kepada kami yang selama ini sanggup berkhidmat di peringkat akar umbi hanya dengan bayaran sedikit.

“Jangan kerana perbalahan dalam parti, kami (ketua masyarakat) dipersalahkan.

“Pentadbiran di peringkat akar umbi kini dalam proses transformasi dan umum sedia maklum Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sendiri mahu transformasi ini berlaku bermula dengan penambahan jumlah ahli majlis yang dibuka kepada wakil NGO dan golongan profesional tetapi bersyarat iaitu sanggup berkhidmat untuk rakyat. Itu yang lebih penting,” ujarnya.

Menurut Lu sebelum ini terdapat beberapa jawatan ketua masyarakat tidak diisi untuk beberapa tahun.

Malah ada yang sudah berusia atau tidak mampu berkhidmat tidak menerima sebarang jawapan rasmi daripada pihak relevan menyebabkan perkhidmatan kepada komuniti setempat terjejas.