Malaysia contoh baik politik kesederhanaan

0

HUBUNGAN MESRA: Najib bergambar bersama Presiden Hamas Khaled Meshaal (duduk, tiga kanan) di Forum Antarabangsa UMNO 2013 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah menunjukkan contoh yang baik tentang politik kesederhanaan kepada dunia, kata perwakilan asing di Forum Antarabangsa UMNO 2013, di sini.

Mereka percaya Malaysia telah berjaya mendukung pendekatan itu bagi mencapai keamanan dan kestabilan.

Peserta dari Uganda, Alhaj Habib Kagimu berkata Malaysia contoh terbaik bukan sahaja bagi negara Islam tetapi juga Barat, terutama mengenai pendekatan kesederhanaannya.

Habib Kagimu yang juga Pengerusi Eksekutif HabibiOil Limited, berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang kuat kerana pendiriannya yang menolak fanatisme dan radikalisme menjadi asas kepada keamanan.

“Bagi menentang ke-tidakstabilan, kita harus berada di tengah-tengah, tidak berat ke sebelah kiri atau kanan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri perasmian forum itu yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini semalam.

Forum dua hari bertema ‘Politik Kesederhanaan Ke Arah Keamanan dan Ke-stabilan’ itu yang dihadiri oleh 121 perwakilan adalah bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula hari ini.

Sementara itu, perwakilan dari Maldives, Muad Mohamad Zaki berkata Najib menunjukkan kepada dunia tentang politik kesederhanaan sekalipun diragui oleh sesetengah pihak.

Katanya Perdana Menteri mengetepikan perbezaan termasuk politik, pra-sangka dan bekerja bersama membina Malaysia yang lebih kuat untuk semua rakyatnya.

“Najib menunjukkan kepada kita politik kesederhanaan. Beliau pemimpin yang sempurna. Beliau seorang pemimpin Islam yang baik yang tidak menuding jari kepada sesiapa untuk meraih populariti,” katanya.

Muad berkata forum itu merupakan platform untuk ahli politik menyuarakan pandangan dan membina hubungan diplomatik yang lebih kukuh dalam kalangan negara peserta.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia, Gebhard Ben Kanda-nga menggambarkan forum tersebut sebagai menarik, berhasil dan amat dialu-alu oleh delegasi asing kerana dapat mempelajari program masa depan Malaysia.

“Saya jangka Malaysia mempunyai masa depan yang cerah.

“Walaupun pengetahuan saya tentang Malaysia masih cetek, tetapi saya sudah ber-ada di sini cukup lama untuk mengharapkan yang terbaik bagi negara ini. Saya gembira melihat ekonominya bagus berbanding tempat lain,” katanya.

Katanya UMNO menun-jukkan contoh yang baik mengenai politik kesederhanaan dengan tidak menum-pukan kepada satu bangsa tetapi kepada seluruh rakyat yang menyumbang terhadap keamanan dan kestabilan dalam negara. — Bernama