Jambatan 13km sebahagian pembangunan RM20 bilion

0

Cadangan Jambatan Labuan-Sabah dengan pembangunan Bandaraya Marina dan Enterport Bersepadu Labuan di Pantai Timur Labuan dan Menumbok.

LABUAN: Jambatan baru menghubungkan Sabah dengan Labuan tepat pada masanya untuk menampung pertumbuhan berterusan terhadap industri minyak dan gas dan perniagannya yang berkaitan, kata Akitek Jambatan Labuan, Sim Sie Hong.

Keperluan untuk jambatan itu sudah berlarutan, katanya pada Selasa semasa sesi taklimat untuk para pemimpin Dewan Perniagaan Melayu, Kadazandusun, Cina dan India di Hotel Tiara Labuan.

“Apabila jambatan ini siap kelak, enterport bersepadu baru di Labuan dan Jambatan Labuan-Sabah akan membawa peluang perniagaan untuk kedua-dua Sabah dan Labuan,” katanya.

Gaya House Sdn Bhd dan Shandong Laigang Construction Co Ltd telah menyertai persetujuan untuk menubuhkan syarikat tempatan bersepadu dinamakan Shandong Laigang Gaya Sdn Bhd untuk mengendalikan kedua-dua projek berkenaan.

Hong mendedahkan bahawa aset yang disatukan untuk kedua-dua syarikat itu melebihi nilai RM50 bilion.

Gaya House Sdn Bhd memiliki kepakaran pengurusan tempatan dan pengerusi syarikat itu, Tan Sri Harris Mohd Salleh mempunyai hubungan hubungan bekerja yang baik dengan kerajaan negeri Sabah Wilayah Persekutuan Labuan.

“Shandong Laigang Construction Sdn Bhd memiliki set di China melebihi RMB80 bilion dengan modal berbayar RMB1 Bilion.

“Shandong Laigang juga sebahagian daripada Shandong Steel, yang disenaraikan di bursa saham Shanghai.

“Mereka adalah salah satu syarikat besi terbesar di China. Mereka telah terlibat di dalam pembiaan jambatan terpanjang di China, iaitu Jambatan Jiaozhowan, sepanjang 37 kilometer menyeberangi Teluk Jiao Zhou dari Qingdao ke Huangdao di Wilayah Shandong,” katanya.

Katanya Shandong Laigang construction akan melaksanakan pembiayaan dan pembinaan Enterport Bersepadu Labuan dan Jambatan Labuan-Sabah Labuan.

Kos pembinaan keseluruhan jambatan, pelabuhan dan kerja penambakan pulau itu dengan infrastruktur asas dianggarkan berjumlah US5.4 bilion dan kos pembangunan keseluruhan lebih 20 tahun dianggarkan US20 bilion.

Hong berkata jambatan Labuan-Sabah bukan sahaja memberi manfaat kepada Labuan tetapi juga Menumbok, Kuala Penyu dan sekitarnya.

Katanya ketika ini, tidak ada masalah untuk membiayi projek itu tetapi mereka masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Sabah dan Persekutuan sebelum mereka dapat bergerak lagi dalam melaksanakan projek-projek berkenaan.