Barisan Sarawak 2014 terbaik

2

Alberts gembira barisan skuad baharu, tidak sabar melihat hasilnya pada musim depan

KUCHING: Ketua Jurulatih, Robert Alberts menyifatkan skuad baharu Sarawak 2104 adalah yang terbaik pernah berada di bawah pimpinan­nya.

Beliau cukup gembira den­gan barisan skuad baharu tersebut dan tidak sabar untuk melihat hasilnya pada saingan Liga Super 2014 yang akan disingkapkan tirainya pada 18 Januari depan.

“Saya cukup berpuas hati dan yakin skuad baharu ini jauh lebih baik dan mantap daripada sebelumnya.

“Semua posisi sudah leng­kap dengan pemain baharu dan lama yang cukup ber­pengalaman untuk membawa cabaran Sarawak bagi msuim baharu nanti,” katanya di sini semalam.

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kelmarin mengumumkan senarai sera­mai 26 orang pemain skuad Sarawak yang akan beraksi pada saingan Liga Malaysia 2014.

Mengulas mengenai pem­belian dua penyerang import baharu, Alireza Abbasfard dan Milorad Janjus, Alberts menjelaskan ia adalah kepu­tusan yang cukup tepat.

“Kita sedia maklum, Liga Super semakin kompetitif dan pasukan-pasukan lain turut berbelanja besar mendapatkan penyerang berkualiti bagi memantapkan skuad masing-masing,” katanya.

Justeru, kemasukan Alireza dan Milorad sangat bertepatan kerana Sarawak memerlu­kan penyerang yang cukup berkualiti dan mampu men­jaringkan seberapa banyak gol bagi kekal dalam saingan tersebut.

“Kedua-duanya bijak, mempunyai skil dan pen­galaman tinggi serta cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan di sini. Ini satu kelebihan buat kita dan menjadikan skuad Sarawak musim baharu nanti antara yang perlu diberi perhatian pada saingan Liga Super,” ujarnya.

Menurut Alberts, beliau juga berpuas hati dengan enam pemain import tempatan yang dibawa masuk.

Biarpun kemampuan mere­ka belum diuji sepenuhnya, Alberts yakin kesemua pemain tersebut tidak akan mengham­pakan beliau.

Sarawak membawa masuk sembilan muka baharu ter­masuk tiga pemain import asing selain mengekalkan 17 pemain lama.

Mereka ialah Alireza, Mi­lorad, Gabor Gyepes, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Reshafiq Alwi, Mohd Lot Abu Hassan, Mohd Rashid Aya, S Chanturu Suppiah dan Mohd Fadzley Abdul Rahim.

Sarawak menamatkan sesi latihan semalam dan akan berlepas ke Batu Malang, Surabaya, Indonesia hari ini bagi mengadakan empat per­lawanan persahabatan dengan kelab tempatan di sana.

Skuad akan kembali semula ke sinin pada 20 Disember dan akan mengadakan perlawa­nan persahabatan menentang skuad Sabah di Stadium Neg­eri (23 Disember) dan di Kota Kinabalu (4 Januari 2014).

Sarawak juga bercadang untuk mengadakan perlawa­nan persahabatan menentang Kelab Szen Hua, China pada 11 Januari sebelum menjalani kem motivasi pada 13 dan 14 Januari depan.

Saingan Liga Super 2014 akan bermula pada 18 Janu­ari 2014.