K’jaan sentiasa ambil serius isu Bumiputera dalam GLC

0

KUALA LUMPUR: Pelbagai usul, cadangan dan teguran perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO  2013 terhadap peluang Bumiputera dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diambil serius untuk tindakan lanjut.

Timbalan Menteri Kewa-ngan Datuk Ahmad Maslan berkata adalah menjadi satu keperluan untuk GLC me-nempatkan wakil mereka ke perhimpunan atau majlis supaya  cadangan boleh dimajukan kepada kepimpinan tertinggi mereka.

“Kita sedar perwakilan membangkitkan pelbagai isu berkaitan GLC seperti peluang pekerjaan, penglibatan wanita, memajukan ekonomi usahawan Bumiputera, kewangan, program tanggungjawab korporat dan sebagainya.

“Ini semua turut menjadi catatan saya. Kita ambil berat dan memandang serius apa yang dibangkitkan,” katanya selepas melancarkan buku ‘Menggilap Pemidato Hebat’ tulisan Budiman Mohd Zohdi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ketua Penera-ngan UMNO berkata buku tersebut akan diedarkan kepada bahagian dan cawangan UMNO sebagai sumber rujukan dalam melahirkan pemidato terhebat parti.

Jelasnya, parti kekura-ngan pemidato yang mampu menjelaskan pelbagai fakta berkaitan sesuatu isu kepada umum serta menangkis serangan pembangkang. — Bernama