Liputan secara menyeluruh Sukan SEA di Astro Arena

0

KUCHING: Bertepatan dengan misi sebagai Nadi Sukan Malaysia, Astro Arena (Saluran 801) akan membawakan siaran lang­sung dan liputan menye­luruh Sukan SEA 2013 di Myanmar bermula dari 8 hingga 22 Disember 2013.

Para peminat sukan tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang mera­sai pengalaman tonto­nan terbaik kerana As­tro Arena merupakan satu-satunya saluran yang akan menyiarkan liputan komprehensif Sukan SEA selama hampir 12 jam se­tiap hari melibatkan atlet tanah air secara langsung terus ke kaca televisyen penonton.

Astro Arena selaku kontinjen media terbesar dihantar ke Myanmar akan membawakan liputan Su­kan SEA 2013 yang terpan­tas, terkini, padat dan tepat pada setiap hari kepada para penonton.

Di samping itu, para pelanggan Astro juga boleh menyaksikan perjuangan barisan atlet tanah air secara langsung mela­lui komputer riba, tablet serta telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana juga dengan perkhidmatan ‘Astro-On-The-Go’.

Sila hubungi Sobree di talian 03-9543 6688 ext: 5052 atau 019-545 7445 untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan.