Limbang masih memerlukan kemudahan mesin haemodialisis

0

LIMBANG: Daerah ini masih memerlukan kemudahan mes­in di Unit Haemodialisis Hos­pital Limbang memandangkan kemudahan sedia ada tidak da­pat menampung pertambahan pesakit setiap tahun.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata kerajaan sentiasa memandang serius keperluan kesihatan penduduk di sini termasuk pernah menyuarakan masalah berkenaan di Parlimen agar kemudahan itu diperban­yakkan.

Beliau berkata kemuda­han tersebut tidak dapat menampung pertambahan pesakit yang semakin mening­kat sehingga mereka terpaksa menunggu giliran untuk men­dapatkan rawatan.

“Kita ada menerima aduan sesetengah pesakit terpaksa dirujuk ke hospital luar dari Limbang kerana kemudahan di Unit Haemodialisis sudah tidak dapat menampung bilan­gan pesakit yang bertambah.

“Selain itu ada juga pesakit yang terpaksa menunggu gi­liran masing-masing untuk mendapatkan rawatan di unit terbabit,” katanya ke­tika ditemui selepas Program 10,000 Langkah Untuk Kesi­hatan bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Limbang (ALPHL) petang kelmarin.

Hadir sama Pegawai Kesi­hatan Hospital Limbang Dr Nurliza Jusoh, Pengerusi ALPHL Kaunselor Jerry Seraie dan Temenggung Ang Kheng Su.

Hasbi berkata lagi sebelum ini kerja penambahan dan pembesaran kawasan dan mesin rawatan haemodialisis sudah dilakukan termasuk sumbangan daripada pertu­buhan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

Pada masa ini unit tersebut mempunyai lapan mesin ra­watan, termasuk tujuh untuk rawatan biasa dan satu lagi mesin untuk rawatan lanjut bagi penyakit tersebut.

Difahamkan setiap mesin beroperasi tiga kali sehari dan menyebabkan ramai pesakit menunggu giliran.

Beliau berkata lagi pesakit diabetes sentiasa bertambah setiap tahun di negara ini termasuk di Limbang.

“Di kawasan lain mereka mempunyai alternatif apabila ingin mendapatkan rawatan daripada pelbagai persatuan lain.

“Di Limbang kita hanya bergantung kepada satu-sat­unya kemudahan ini di hospital menyebabkan kemudahan yang ada tidak dapat menam­pung kehadiran pesakit,” jelasnya.

Hasbi juga akan mengam­bil perhatian serius terhadap perkara itu termasuk mencari kaedah terbaik untuk menan­ganinya.

Dalam pada itu beliau ber­harap Timbalan Menteri Kesihatan akan turun padang ke Limbang untuk melihat sendiri isu kesihatan yang menjadi keutamaan rakyat di sini.

“Ia termasuk kemudahan Klinik Medamit agar dapat dipindahkan ke kawasan se­berang sungai di tapak yang sedia ada selain keperluan kesihatan lain,” katanya.

Ditanya mengenai isu denggi di sini, memandangkan musim tengkujuh sekarang ujarnya Pejabat Kesihatan mempunyai banyak program pencegahan denggi yang dilaksanakan secara berterusan.

“Isu denggi bukan perka­ra baharu, apa yang lebih penting orang ramai perlu menjalankan peranan mas­ing-masing bagi memas­tikan tiada air bertakung bagi mengelak pembiakan nyamuk khususnya dalam masyarakat dan kejiranan kita,” ujarnya.

Sementara itu Dr Nurliza berkata Jawatankuasa Wabak memang sudah ditubuhkan se­jak 2010 yang akan diaktifkan sekiranya berlaku wabak.