Saratok lakar sejarah jadi tuan rumah aksi muaythai

0

HEBAT: Aksi hebat dua petinju Kejohanan Muaythai Saratok 2013, Piala YB Tan Sri William Mawan.

KUCHING: Sejarah terlakar apabila buat kali pertamanya di Saratok susulan penganjuran Kejohanan Muaythai Saratok 2013, Piala YB Tan Sri William Mawan Ikom kelmarin.

Disertai 48 petinju hebat dari seluruh kelab muaythai di Sarawak, kejohanan yang julung kali diadakan di daerah itu menghiburkan peminat setempat yang hadir memberikan sokongan padu.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dengan kerjasama Persatuan Muaythai Kuching (PMK) sempena Pra-Krismas Saratok di Gelangang Futsal LAKIS.

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Politik Tan Sri William Mawan Ikom, Peter Howell sambil diringi Presiden PMK, Jumaat Ibrahim dan ketua-ketua kaum.

PMK juga mengambil kesempatan merakamkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Gelangang Futsal LAKIS Saratok, Majlis Daerah Saratok, Pejabat Daerah Saratok, Jabatan Kesihatan Sarawak dan KPS atas sokongan kepada PMK.

Sementara itu, 48 petinju yang mewakili enam kelab muaythai dari seluruh Sarawak mempamerkan kehebatan masing-masing bagi merebut kejuaraan dalam lapan kategori yang dipertandingkan.

Kelab yang terlibat terdiri daripada Kelab Muaythai Tomang, Kelab Muaythai SS Fighters, Kelab Muaythai Lempong, Kelab Muaythai KPS, Kelab Muaythai Kenyalang dan Kelab Muaythai Lundu.

Acara kemuncak, Final Super 4 (63.5-67 kg) menyaksikan petinju SS Fighter, Mohd Wazirul Naziman menundukkan wakil KPS, Mohd Fariszuan Superjo.