Rombongan pemerintah Kota Padang Sidimpuan lawat N. Sembilan

0

SEREMBAN: Keunikan adat budaya Negeri Sembilan menjadi tarikan kepada delegasi pemerintah kota Padang Sidimpuan, Sumatera Utara, Indonesia yang mengadakan lawatan ke negeri itu semalam.

Delegasi 45 orang itu diketuai Walikotanya (Datuk Bandar) Andar Amin Harahap dan disertai antaranya Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Aswar Samsi; Mantan Walikota, Zulkarnain Nasution; Ketua Adat Mandailing daerah itu Tambangan Harahap; dan Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia Ramli Abdul Karim.

Mereka memulakan lawatan dengan mengunjungi Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr Awaludin Said di Wisma Negeri, diikuti pertemuan dengan Yang DipertuaMajlis Perbandaran Seremban (MPS) Datuk Abdul Halim Abdul Latiff di Wisma MPS.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Andar Amin berkata kunjungan mereka ke sini adalah sebagai membalas lawatan Persatuan Halak Mandailing Malaysia kePadang Sidimpuan pada November tahun lepas.

“Kunjungan ke Malaysia kali ini khususnya ke Negeri Sembilan, bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim khususnya, dan hubungan antara Indonesia danMalaysia amnya,” katanya.

Selain itu katanya mereka juga mahu berkongsi buah fikiran tentang apa yang ada di sini dan boleh dilaksana di Kota Padang Sidimpuan.

Beliau berkata dalam lawatan itu juga mereka akan berjumpa dengan masyarakat Mandailing di Kampung Baru Lanjut Manis, Terachi, Kuala Pilah.

Menurutnya dalam lawatan selama tiga hari bermula kelmarin itu, mereka juga akan ke beberapa tempat menarik lain termasuk Batu Caves di Selangor. — Bernama