22 RAMD perlu mantap ketahanan fizikal dan mental hadapi cabaran

0

SANDAKAN: Para pegawai dan anggota Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) Kem Sri Kinabatangan harus sentiasa memantapkan ketahanan fizikal dan mental mereka bagi menghadapi sebarang ancaman, khususnya di daerah ini.

Pegawai Memerintahnya Lt Kol Asri Shukor berkata sebagai benteng pertahanan negara, RAMD perlu bersedia dari segenap aspek dalam dan luar negara yang mahu mengancam kedaulatan negara.

“Batalion 22 RAMD juga harus sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti yang bertujuan menerap dan membudayakan nilai kerja berpasukan,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan 22 Challenge 2013 di kem itu di sini semalam. — Bernama