Banjir: Dewan Masyarakat Beluru, Bakong masih dibuka

KUCHING: Dewan Masyarakat Beluru, Bakong antara pusat pemindahan yang masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini setakat jam 10 pagi semalam.

Dewan Masyarakat Beluru yang dibuka sejak 30 Disember lepas kini menempatkan 11 keluarga terdiri daripada 47 mangsa banjir dari kawasan Setinggan Bakong.

Jumlah keluarga yang terlibat itu bagaimanapun menurun berbanding hari sebelumnya iaitu 12 keluarga dengan 52 mangsa juga dari kawasan sama.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Penerangan di sini semalam, setakat ini jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini ialah 663 keluarga melibatkan 2,697 mangsa setakat jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, laporan pengoperasian sekolah pula menyaksikan hanya dua buah sekolah yang masih ditutup setakat jam yang sama semalam iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Klid/Plajau di Bahagian Dalat.

Sekolah berkenaan yang mempunyai 89 murid iaitu 60 murid asrama dan 29 murid harian serta 13 guru dan lapan kakitangan masih ditutup ekoran paras air yang masih tinggi.

Manakala sebuah lagi sekolah yang masih ditutup ialah SK Kuala Kenyana di Bahagian Mukah kerana ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan kawasan sekolah dikhuatiri banjir.

Ekoran itu, seramai 35 murid terdiri daripada 32 pelajar asrama dan tiga pelajar harian serta 13 guru dan lapan kakitangan terjejas.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of